Nadi Kidsventure Live Webinar 9 (Bijak Kewangan)

5 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 April 2026 yang lalu, satu program bertajuk NADI Kidsventure Live Webinar 9 iaitu Bijak Kewangan telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan kewangan yang bijak sejak usia muda. Webinar ini menekankan aspek-aspek penting seperti cara mengurus wang saku, kepentingan menabung, serta membuat perancangan kewangan yang berkesan untuk masa hadapan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan amalan berbelanja secara berhemah dan membezakan antara keperluan dan kehendak. Program ini sangat bermanfaat kerana dapat membantu membentuk sikap bertanggungjawab dalm mengurus kewangan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kewangan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali